SELAMAT DATANG KE UNIT SPBT SMK TUN MUTAHIR

Monday 14 February 2011

Minit Mesyuarat Kali ke-2 Tahun 2010

SMK TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM
MELAKA

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KALI KE- 2 TAHUN 2010

Tarikh : 7 Oktober 2010
Hari : Khamis
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 1.20 Petang

KEHADIRAN
1. En. Ghafar b. Yahya (GPK HEM)
2. Pn. Rohana Mamat (Penyelaras SPBT sesi Pagi)
3. Pn. Nazlin Ab. Rahman ( Penyelaras SPBT sesi Petang)
4. Pn. Yong Sin Poh ( Penyelaras Ting. 1 & peralihan)
5. Pn. Mah Kin Peng ( Penyelaras Ting. 2 )
6. Pn. Jamaliah Karim ( Penyelaras Ting. 3 )
7. Pn. Jamaliah Daud ( Penyelaras Ting. 4 )

TIDAK HADIR
Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan kata aluan dan terima kasih kepada En. Ghafar dan mengalu-
alukan kehadiran guru-guru SPBT.
1.2 Ucapan terima kasih juga kepada unit SPBT kerana telah memberi kerjasama dalam
melaksanakan tugas berkaitan Unit SPBT.

2.0 Ucapan GPK HEM

2.1 En. Ghafar mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya melaksanakan tugas yang
Berkaitan dengan unit SPBT dan mengharapkan semua guru SPBT member kerjasama
dalam melancarkan tugas.
2.2 En. Ghafar juga meningatkan guru- guru SPBT agar memastikan pelajar menjaga
keselamatan dan menghargai buku teks. Jika buku tidak mencukupi ,tindakan segera perlu
diambil.

3.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat

3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu
3.2 Dicadangkan oleh : Pn. Jamaliah Daud
3.3 Disokong oleh : Pn. Nazlin Ab. Rahman

4.0 Bangkitan minit
Tiada

5.0 Perancangan Akhir Tahun

5.1 Pn. Rohana memaklumkan bahawa pemungutan buku teks tingkatan 3 akan dijalankan pada
13 / 10 / 2010.Pengurusan akan dibantu oleh pengawas SPBT tingkatan 3 seperti jadual yang
diberi.
5.2 Pemulangan buku tingkatan 4 akan dijalankan selepas peperiksaan Akhir Tahun. Pelajar tingkatan
3 akan memperolehi buku teras tingkatan 4 selepas pemulangan buku teks oleh pelajar tingkatan . 4.
5.3 Pelajar tingkatan 4 akan mendapat buku tingkatan 5 pada 16 /12 2010 (Khamis) dan 20/12/2010
(Isnin)pada masa cuti sekolah setelah pelajar-pelajar tingkatan 5 memulangkan buku teks.
5.4 Borang untuk peminjaman buku teks tahun hadapan sudah disediakan.
5.5 Semua buku terbitan baru untuk kegunaan tahun hadapan sudah diterima dan sudah diproses.
5.6 Pelajar tingkatan 5 akan memulangkan buku teks selepas peperiksaan SPM tamat mengikut kelas
masing-masing.

Tindakan : Makluman

6.0 Laporan kewangan
6.1 Pn. Rohana mamaklumkan sudah menyerahkan wang gantian buku teks sebanyak 2 kali kepada
En. Rasul untuk dimasukkan ke dalam akaun SUWA sekolah . Wang tersebut akan digunakan untuk
membeli apa saja buku teks yang tidak mencukupi.
Tindakan : Makluman

7.0 Hal-hal lain

7.1 Pn. Rohana memaklumkan tugas pemulangan dan peminjaman buku teks akan dilakukan tanpa
melibatkan guru kelas. Pengawas SPBT
akan melibatkan diri secara aktif. Wal;aubagaimanapun pengawas SPBT dari tingkatan 5 tidak
terlibat.
Hanya pengawas tingkatan 1,2,3 dan 4 sahaja yang terlibat. Pn. Rohana dan Pn. Nazlin akan
menyediakan borang yang berkaitan. Taklimat akan diberi kepada pengawas SPBT bagi
memudahkan mereka menguruskan operasi pemulangan dan peminjaman buku teksbuku teks.
Tindakan : Makluman
7.2 Mana-mana guru yang ingin meminjam buku teks terbitan baru boleh berurusan di bilik BOSS.
Subjek Prinsip Perakaunan akan menggunakan buku teks terbitan baru. Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris juga menggunakan buku novel yang baru iaitu bagi tingkatan 2 dan tingkatan 5
7.3 Operasi merampas buku teks yang ditinggal didalam meja telah dijalankan 2 kali. Masih ada
pelajar yang tidak mengambil buku teks yang dirampas. Ini menyebabkan bliik BOSS masih ada
banyak buku.Pelajar juga tidak menjaga keselamatan buku teks dengan baik dan tidak membalut
buku teks tersebut.

Tindakan :Makluman

8.0 Penutup
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru-guru
SPBT dalam melancarkan dan melicinkan pengurusan buku teks sekolah SMK Tun Mutahir.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 2.20 Petang.

Disediakan oleh : Rohana Bt. Mamat
Setiausaha Unit SPBT
Tarikh : 10 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment