SELAMAT DATANG KE UNIT SPBT SMK TUN MUTAHIR

Saturday 2 February 2013

Takwim Unit SPBT SMK Tun Mutahir Tahun 2013


SEK . MEN . KEB. TUN MUTAHIR
TAKWIM SKIM PINJAMAN BUKU TEKS TAHUN 2013
Bil.
Tarikh
Aktiviti
Catatan
1
November 2012
Disember 2012
Januari 2013
 Pengagihan Buku Teks SPBT Kepada Semua Murid Tingkatan 2 dan 3

Pemulangan buku teks oleh Pelajar Tingkatan 5 dan pengagihan kepada pelajar Tingkatan 4 untuk kegunaan tahun 2013

 Pengagihan Buku Teks SPBT Kepada Semua Murid
Kelas Peralihan  dan Tingkatan 1

Untuk kegunaan tahun2013
2 Januari 2013
 Menyediakan Maklumat Buku Lebihan Dan Kurangan  dan
 Menghadiri Taklimat penyelarasan buku Teks


3 Januari - Mac
 Mengagihkan buku lebihan dan memohon buku yang tidak mencukupi dari sekolah lain dan dari BOSS Daerah


4 Jan - Feb
Mengemaskini Fail Pinjaman Murid dan Guru Mengikut Kelas Terkini

5 Feb
Mesyuarat Jawatankuasa kerja SPBT kali Pertama:
Menyediakan Takwim untuk tahun2013


6 Feb
Menyediakan Enrolmen Murid Untuk Tahun  2014 bagi pengisian Borang BTBT190 dan BTBTR 460


7 Feb
Menyediakan Senarai Terkini Murid Layak Berdasarkan Sistem
Maklumat Murid (SMM) Dan Mengemas Kini Buku Stok SPBT.


8 Feb
Pengurusan Majlis Perlantikan Pengawas SPBT:
Untuk pengawas baru dan AJK Tertinggi


9 Feb
Menghadiri Bengkel Pengisian BTBT190 Dan BTBTR 460 Bagi
Permohonan Buku Teks SPBT Kegunaan Tahun 2014


10 Feb
Meningkatkan keceriaan Bilik BOSS:
Membersih dan mengemas dengan bantuan Kelab SPBT
Menyusun buku-buku mengikut judul dan di rak berkenaan


11 Mac
Mengasingkan Buku-Buku Yang Rosak Dan Tidak digunakan lagi
Untuk Pelupusan


12 Mac
Memohon Pelupusan Buku Teks SPBT Dengan Melengkapkan Borang Kew.PA-17


13 Mac - Jun
Menjalankan Pemantauan Penjagaan Buku Teks SPBT Di Tangan Murid


14 Mac,  Okt
Mengemaskini Data  Buku Teks Dan Sistem Fail Pinjaman


15 April
Mengasingkan Buku-Buku Yang Rosak Untuk Pelupusan


16 Mei
Mengadakan Taklimat kepada Pengawas SPBT Sekolah Mengenai Pemprosesan Buku Baru


17 Mei - November
Melaksanakan eMATEKS-Program pemantauan penerimaan buku secara on-line


18 Mei
Penyediaan Borang –Borang Untuk Kegunaan Tahun 2014


19 Jun
Mesyuarat Unit SPBT kali ke- 2
Menjalankan Pemantauan Buku Teks Di Tangan Murid


20 Jun
Membuat Pemilihan Pengawas SPBT Untuk Tahun 2014

Melatih pengawas baru menjalankan tugas


21 Julai - November
Menerima Bekalan Buku Teks SPBT Daripada Penerbit /Pengedar
Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan Tahun 2014.

Memproses Buku Baru Diterima


22 Oktober
 Mesyuarat Jawatankuasa SPBT Sekolah kali ke -3

Menyediakan Jadual Pemulangan Dan Penerimaan Buku Untuk Tahun 2014


23 November
Mengumpul Semula Buku Teks Daripada Pelajar Tingkatan 1, 2 Dan 3 Dan Mengagihkan Buku Untuk Kegunaan Tahun 2014


24 Disember
 Memungut Buku Dari Pelajar Tingkatan 5 Dan Mengagihkan Kepada Pelajar Tingkatan 4



Disediakan oleh:   ……………………………………….
                             Pn. Rohana Mamat,
                             Penyelaras SPBT SMK Tun Mutahir 2013

Surat Panggilan dan Minit mesyuarat




Text Box: KOD SEKOLAH : MEA 2088
E-mail : mea2088@pd.jaring.my
Text Box: TEL  : 06-3174376
FAX : 06-3171539 
Text Box: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA


_______________________________________________________________________


Rujukan  : SMKTMu/400-9/7/5  (       )
Tarikh       :      1    Febuari  2013
Kepada,
Tn. Hj. Hussin bin Sirun              -        Pengetua SMK Tun Mutahir
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah          -        Pengerusi
Pn. Rohana bt Mamat                 -        Setiausaha
Cik Siti Norhanes                        -        Pen. Setiausaha
En. Kamarudin bin Abu Bakar       -        Penyelaras SPBT
Pn. Norhayati bt Amadaldin         -        Penyelaras Tingkatan 1
Pn. Yong Yoke Mee                     -        Penyelaras Tingkatan 2
Pn. Yen Yeok Fern                      -        Penyelaras Tingkatan 3
En. Zakaria b. Ahmad                  -        Penyelaras Tingkatan 4
Cik Tan Jee Ngoh                       -        Penyelaras Tingkatan 5

Tuan,

MESYUARAT AJK KERJA SPBT PERTAMA TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat SPBT akan diadakan seperti ketetapan berikut :
          Tarikh          :        5 Febuari 2013
          Masa            :        2.30 petang 
          Tempat         :        Bilik Pusat Sumber, SMK Tun Mutahir

3.       Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
          3.1     Ucapan GPK HEM
          3.2     Pengesahan minit mesyuarat
          3.3     Perkara yang berbangkit
         3.4     Perancangan  Tahun 2013
          3.5     Hal-hal lain

4.       Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


ROHANA BINTI MAMAT
SETIAUSAHA UNIT SPBT  
SMK Tun Mutahir,
75350 Batu Berendam,
Melaka.
s.k : Fail Sekolah







MINIT  MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KALI KETIGA
 TAHUN 2012

Tarikh   : 31 Oktober 2012
Hari      : Rabu
Tempat : Perpustakaan
Masa     : 1.10 petang

KEHADIRAN

  1. Tn. Hj. Ismail B. Abdullah                        (GPK HEM)
  2. Pn. Rohana Mamat                                  (Setiausaha)
  3. Pn. Nazlin Ab. Rahman                            (Penyelaras SPBT sesi petang)
  4. En. Kamarudin B. Abu Bakar                    (Penyelaras SPBT sesi pagi)
  5. Cik Tan Jee Ne Ngoh                               (Penyelaras Ting. 5)
  6. Pn. Hajah Fazilah Hussin                          (Penyelaras Ting. 4)
  7. Pn. Yen Yeok Fern                                  (Penyelaras Ting. 3)
  8. Pn. Yong Yok Mee                                   (Penyelaras Ting. 2)
  9. Pn. Norhayati Amaldin                             (Penyelaras T. 1 dan Peralihan)

TIDAK HADIR
   -

AGENDA MESYUARAT

1.0        Ucapan Pengerusi

1.1         Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Ismail  dan semua guru-guru di bawah Unit SPBT SMK Tun Mutahir kerana hadir mesyuarat ke-3 unit SPBT.

2.0        Ucapan GPK HEM

2.1         Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya melaksanakan tugas yang berkaitan dengan unit SPBT dan mengharapkan semua guru yang terlibat member kerjasama dalam melancarkan dan mencapai objektif unit SPBT.

2.2     Pengerusi juga mengingatkan guru-guru SPBT agar memastikan pelajar menjaga keselamatan dan menghargai buku teks. 

2.3         Tindakan segera juga perlu diambil jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan buku teks.

3.0        Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

3.1         Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2         Dicadangkan oleh: Pn. Nazlin Ab. Rahman
3.3         Disokong oleh :Pn.Yong Yoke Mee

4.0        Bangkitan minit

        Tiada


5.0        Perancangan Akhir Tahun

5.1         Pengerusi memaklumkan Jadual pemulangan dan peminjaman buku          
teks    telah diedarkan kepada pelajar-pelajar.  Proses pemulangan buku teks telah dibuat untuk tingkatan 3 kerana peperiksaan PMR sudah tamat.Pelajar akan mendapat buku tingkatan 4 pada 26 dan 27 Disember 2012.

5.2         Pemulangan buku teks tingkatan 4 akan dijalankan selepas peperiksaan  Akhir Tahun Pelajar .Pelajar akan mendapat buku tingkatan 5 pada 26 dan 27 Disember 2012 setelah pelajar tingkatan 5 sekarang tamat Peperiksaan SPM 2012.

5.3         Pn. Nazlin telah menguruskan pemulangan dan pengagihan buku untuk pelajar tingkatan 1 sesi petang.


5.4         Semua buku cetakan semula sebanyak 1,125 telah diterima dan sudah diproses oleh pengawas SPBT.

5.5         Sebanyak 8 judul buku Terbitan Baru akan diterima. Sehingga hari ini 5 judul buku sudah diterima. 3 judul buku masih belum diterima. Semua buku adalah dalam bahasa Melayu.


5.6         Pelajar Tingkatan 5 akan memulangkan buku teks selepas peperiksaan SPM tamat.(Rujuk kepada jadual)

6.0        Laporan Kewangan

6.1         Unit SPBT telah membeli buku Sejarah Tingkatan 4 sebanyak 13 buah 
sebagai gantian buku hilang bernilai RM180.70 dari Edaran Sumber.

7.0        Hal-hal lain

7.1         Pengerusi menjelaskan proses pemulangan dan peminjaman buku teks tidak melibatkan guru kelas. Pengawas SPBT akan digunakan dalam proses ini.

7.2         Pengagihan buku teks untuk tingkatan 1akan dibuat pada 28 Disember  2012 iaitu pada hari pendaftaran tingkatan 1 Sesi 2013.

7.3       Selain penyelaras SPBT sekolah, pihak yang boleh menerima buku teks ialah semua pentadabir, Ketua kerani dan Pegawai Tadbir.

8.0        Penutup

8.1         Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh   semua guru sepanjang mesyuarat berlangsung.
8.2            Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.



Disediakan oleh: ..................................

                            Pn. Rohana Binti Mamat
                            Setiausaha Unit SPBT